28 Disember 2013

DIY spray kancil

Kali ni aku nak kongsikan aktiviti cuti 2013 aku. Belajar mengecat kancil aku. Rasanya ini kali ke3 aku tukar warna. Asalnya merah---tukar red purple---tukar hitam. sekarang aku nak belajar mengecat warna putih. hehehe penatnya cat kereta ni. Gosok... tutup guna surat khabar... spray !!!! modal tak sampai RM100. Hasilnya tak la macam orang pro, kira kampung2 ja. Tapi aku masih baru. Perlu belajar lagi. Lepas ni aku nak tukar warna lagi tapi tak tau apa warna. Seronok buat sendiri ni tapi risiko tanggung sendiri la. Lepas ni jadilah White angle kitty... bukan lagi black kitty. huhuhu 

DIY pasang tinted film

Kali ni aku nak kongsikan kali pertama aku pasang film tinted. Sememangnya memang perlukan ilmu dan latihan. Aku baru kali pertama mencuba. Memang penat dan perlukan ketekunan. Berbekalkan tinted film RM15 warna coklat.. tak lulus jpj ni sebab gelap. Akhirnya berjaya juga walaupun hasilnya bagi aku "bolehlah asalkan ada lagi pun modal tak sampai RM20. Gambar kerja tak sempat ambil cuma kena ada ukuran baru senang, apa-apa pun aku berjaya. Lepas ni aku akan tukar lagi tinted film kereta aku, orang lain bertahun-tahun tak tukar sebab mahal. Aku nak tukar kerap sebab murah. Patutlah tauke kaya, pasang tinted melebihi rm100 walhal... jadi cuba-cubalah DIY 

26 Oktober 2011

Ikan sembilang masak kari







hari ini 26/10/2011 (ahad) awal pagi lagi osteri aku pergi ke tamu( pasar) di membakut. Tujuannya adalah untuk mencari sembilang bagi memenuhi hasratku. Mungkin rezeki Allah, dapatlah seekor saja. dalam 500 gram.

hari ni aku makan sembilang masak kari with nasi dua kali kaut. hilang kawalan makan aku. sekurang2nya hilang rindu aku sama masakan mama aku. Terima kasih isteriku. muah.....

19 Ogos 2011

Kenangan terakhir kalupis




Inilah kalupis terakhir yang dapat aku jamah dihari raya pertama 2010. Selepas ini tiada lagi kalupis mama. Jadi, ku abadikan gambar kalupis ini sebagai tatapan aku dan keluarga.

20 Disember 2010

L5 hello kitty (BLACK) DEVIL KITTY


Akhirnya siap juga L5 hello kitty ku.......berwarnakan hitam metalic dengan nama baru DEVIL KITTY

02 Disember 2010

L5 kitty dalam proses






kancil buruk aku dirombak lagi...kini dengan wajah low profile. harap2 waktu cuti sekolah ni siaplah projek aku ni. oh ya....hasrat nak pakai L2s bodykit, tetapi tak jadi pasal ada masalah rundingan sikit. apa2 pun projek aku ni berjaya siap sebelum buka sekolah 2011

24 November 2010

DAFTAR ENJIN DI PUSPAKOM - LULUS

Hai ini, bersamaan 24/11/2010 rabu jam 10.20 am, selesai sudah pendaftaran enjin L200s EFI 660 auto di kancil aku.
PANDUAN DAFTAR ENJIN DI JPJ

1. pergi puspakom
2.daftar di kaunter ( bagi geran enjin baru/ disediakan oleh kedai enjin tu dan kad kereta anda)
3.bayar RM60.00 saja.
4.tunggu giliran.....
5.abang puspakom akan check no enjin dan lain2.
6.lepas tu tunggu keputusan..LULUS
7. pergi JPJ..daftar kad ( tapi kena tukar insuran dulu)
8.pergi kedai insuran lepas tu suruh tukar no enjin di insuran dia( tak payah bayar pun)
9. esok baru pi JPJ untuk register balik no enjin pada kad.
10. selesai LULUS Halal kah3

09 November 2010

L200s siap dipasang di kancil buruk aku






Pada 5/11/2010 (hari jumaat jam 1pm) selepas swmbahyang jumaat...Akhirnya siap juga kancil aku dengan jentera baru berkapasiti 660cc. Bergearkan auto D4. Pertama kali bawa untuk di test...kelajuan memang berbeza. tekan pedal sekejap ja mencecah 100 k/j . di tambah lagi dengan penggunaan Blowoff ( kecing....zzzzzz) memang puas hati.

01 November 2010

halfcut L200S auto







Pada hari ini 1 november 2010 (isnin) jam 3.30 petang jalan2 pi CPS beaufort...Hati berkenan dengan halfcut L200S auto. Apa lagi, terus ambil. Kereta letak di CPS. Esok bermulalah pembedahan jantung kancil buruk aku. semoga sukses WDY3916

06 September 2010

Berbuka puasa di Beverly hill hotel 2010


Bertempat di KK sabah. terima kasih kepada yang membelanja berbuka puasa pada hari tu.

11 Julai 2010

Pesta Rumbia Kuala Penyu (pertandingan tarik tali)






7 hb julai 2010 aku ke pesta rumbia kuala penyu. sempat tengok pertandingan tarik tali. seronoknya....

05 Julai 2010

Selamat Jalan Bodykit L5 classic..

2 hb jun 2010 hari Jumaat. selepas jumaat maka beralih tanganlah bodykit L5 classic aku kepada orang lain. Bermula hari itu, kancilku kembali standard. Bye bye L5 bodykit classic. Berjasalah kepada tuan barumu.

12 Jun 2010

Hantar surat setuju terima DG41





Semalam 11 jun 2010 hari jumaat, surat setuju terima aku hantar ke PutraJaya Kota Kinabalu. Ini kali ke2 aku menjejakkan kaki ke situ. 1st semasa temuduga. 2nd semalam hantar surat. semoga semuanya berjalan lancar. amin dan alhamdulillah.

10 Jun 2010

Kembali ke asal OEM

selepas 2 jam (pukul 6 petang)

sebelum 2 jam ( pukul 4 petang).

10 jun 2010( hari khamis) argh...boring. Operasi membuka bermula jam 4 petang, aku buka bodykit L5 classic. Pada jam 6 petang, siap pasang OEM perodua. kahkahkah. 2 jam buka dan pasang. penat dan takde kerja lain. kehkehkeh. Kalau jumpa dijalan jangan hairan ya. wal asal balik asal. Kenapa buka bodykit? hahahah. aku nak jual. siapa mau contact aku. aku nak main kancil mata belalang pula.........atau aku nak jual/ trade in lepas tu ambil kereta lain pula. kahkahkah..nafsu tak pandai puas dan tak tetap keinginan.

29 September 2009

wajah akan berubah lagi

Boring pula klasik ni....macam mau main custom standard pula. Ada 2 cadangan.

1. vip style (mungkin pakai belalang atau mata petak tapi cat hitam. Pakai skirt labuh, lips mencium bumi.

2. main L502 kali.

3. payah-payah baik standard saja kembali.

ada yang mau beli bodykit L5 klasik aku kah..aku jual RM1450.

18 Julai 2009

Kg palu-palu kuala penyu


aku paking depan rumah beliau di Kg palu-palu kuala penyu...ada pernah nampakkah....


Naik feri kuala penyu menuju ke kg palu-palu...
percuma jak... FOC
depan tu kg palu-palu..kampung aku. ada kedai kecil 4 buah. nama tempat TAMBING kg palu-palu. malam ramai jua yang memancing di sini. Layan lauk merah. ikan lain pun ada termasuklah batu dan kayu. selipar ndada ha....

Laluan ke Pulau Tiga...guna bot. tak nampak Pulau 3 tu. bayang2 jak.

ada jeti tu...tempat bot pegi pulau 3. sebelah tu kastam. feri buruk tersadai pun ada. sesuai untuk pemancing.


atap biru tu gerai anjung kuala penyu. sambil minum boleh jua layan memancing.


Pandangan dari feri tentang pekan kuala penyu.


ada tga buah bot penambang. kalau mau cepat ke kuala penyu, baik tinggalkan kereta di palu-palu. naik bot tambang 20 sen-50 sen. motor rm1. naik feri ambil masa 10 minit-30 minit...kekadang 2 jam. naik bot 1 minit jak sampai...